Monday, September 25, 2006

the one about SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1427

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila masuk
bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu
neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)".
(Riwayat Muslim)
Ulasan Hadith:
1. Menurut huraian ulama' rahimahumullah., terbukanya pintu-pintu
syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka, serta terbelenggunya
syaitan-syaitan di sepanjang bulan Ramadhan, membawa maksud yang zahir
untuk menghormati bulan yang mulia itu.
2. Ia juga sebagai satu gambaran bahawa orang-orang yang berjaya
merebut peluang mengisi bulan Ramadhan dengan berbagai jenis ibadat yang
wajib dan yang sunat dan berjaya pula mencegah dirinya daripada melakukan
perkara-perkara yang dilarang, maka amalnya yang baik itu akan membawanya
masuk ke syurga dan amalnya itulah juga yang menyelamatkannya dari hasutan
syaitan dan dari azab neraka.

Wallahua'lam.

Do'a Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.









Akhir sekali selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia ini dan teringat kata2 semasa penutup forum perdana baru2 ni. Seandaianya kamu tidak berusaha untuk menempah syurga di akhirat, maka itu tandanya kamu menempah neraka. Sesungguh nya tidak ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan. Semuanya memerlukan kesungguhan, ketekunan dan komitmen dalam apa jua yang kita lakukan dan yang kita rancangkan untuk masa depan.
Di kesempatan ini juga, gue ingin memohon maaf jika selama ini gue memiliki kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani semuanya dengan khusyuk. Gue juga ingin dihalalkan segalan yang termakan & yg terminum, semoga segala amalan kita diterima ALLAH SWT.
Sampai jumpa lagi doa yang tak pernah putus semoga Allah mengampunkan dosa kita dan senantiasa memandang kita dalam Rahmat dan Kasih sayangnya. Amin.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

0 Comments:

Post a Comment

<< Home